CatPulse
Polisi Privasi
WhatsApp

Polisi Privasi

Tarikh kuat kuasa: 2026-03-06 • Polisi ini menerangkan bagaimana CatPulse mengurus data anda.

Ringkas: Kami kumpul data minimum untuk login & fungsi tracker. Kami tidak menjual data anda.

1) Data yang Kami Kumpulkan

A) Data akaun (Google Login)

  • Emel (sebagai ID akaun)
  • Nama paparan (display name)
  • Gambar profil Google (jika disediakan oleh Google & disimpan dalam session sahaja / ikut implementasi)

B) Data yang anda masukkan

  • Maklumat kucing: nama, tarikh lahir (jika isi), breed, nota
  • Rekod berat (weight tracker)
  • Rekod event kesihatan: vaksin, deworm, vet visit, ubat, dan lain-lain
  • Reminder: tarikh & masa (bergantung feature yang anda set)
  • Gambar/galeri (jika anda upload/letak pautan - ikut modul)

C) Data teknikal asas

  • Log sistem (contoh ralat) untuk tujuan debugging dan keselamatan
  • Maklumat device/browser secara umum (untuk keserasian PWA)

2) Bagaimana Kami Guna Data

  • Untuk membolehkan login dan mengurus sesi akaun anda.
  • Untuk memaparkan rekod kucing anda (timeline, weight chart, summary).
  • Untuk menjana reminder/pemberitahuan (jika anda benarkan permission).
  • Untuk penambahbaikan sistem (bug fix, prestasi, keselamatan).

3) Perkongsian Data

  • Kami tidak menjual data anda.
  • Kami hanya berkongsi data jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk melindungi keselamatan sistem (contoh: mencegah fraud/abuse).
  • Pembayaran (jika Pro): transaksi diproses oleh gateway pihak ketiga (contoh: ToyyibPay). Polisi privasi gateway berkenaan turut terpakai.

4) Cookies, Session & PWA

  • CatPulse menggunakan session/cookie untuk kekalkan login (terutama bila install sebagai PWA).
  • Service Worker digunakan untuk pengalaman PWA (cache asas, offline ringan jika diaktifkan), dan push notification (jika disokong).

5) Keselamatan Data

  • Kami berusaha melindungi data menggunakan amalan keselamatan yang munasabah (access control, logging, dan pengasingan sesi).
  • Namun, tiada sistem yang boleh menjamin keselamatan 100% (contoh: risiko rangkaian, device user sendiri).

6) Tempoh Simpanan Data

  • Data disimpan selagi akaun aktif, atau selagi diperlukan untuk tujuan fungsi sistem.
  • Jika anda mahu padam akaun/data, anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp untuk proses permintaan (bergantung polisi operasi).

7) Hak Anda

  • Anda boleh minta akses ringkasan data atau minta pembetulan jika ada ketidak tepat.
  • Anda boleh minta pemadaman data (tertakluk kepada keperluan operasi/keselamatan/undang-undang).

8) Perubahan Polisi

Polisi ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan pada halaman ini.

9) Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan privasi/data, hubungi: WhatsApp 016-266 7061 .